Lebih Dramatik, Filem ‘Satu Hari Sebelum Raya’ oleh Syahmi Sazli Bakal Undang Air Mata

Pengarah muda dan berbakat besar, Syahmi Sazli kembali dengan filem terbaru berjudul ‘Satu Hari Sebelum Raya’.

lebih dramatik, filem ‘satu hari sebelum raya’ oleh syahmi sazli bakal undang air mata

Filem ketiga arahan Syahmi Sazli bergenre drama ini yang akan temui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bemula 6 April ini menyaksikan kemampuan Syahmi Sazli dalam memberi sentuhan pada naskhah yang lebih dramatik yang mampu menjentik emosi, berbanding filem terdahulu yang lebih memfokuskan pada elemen komedi drama.

lebih dramatik, filem ‘satu hari sebelum raya’ oleh syahmi sazli bakal undang air mata

Menurut Syahmi Sazli yang bertindak selaku Penerbit, Pengarah, Penulis Skrip dan Idea Asal berkata beliau amat teruja dengan filem ini dan berasa sedikit gementar untuk melihat reaksi penonton.

 

“Saya rasa amat teruja untuk mempersembahkan filem ini dan dalam pada itu turut berasa sedikit gementar untuk melihat reaksi penonton.

“Selepas menghasilkan Mael Totey The Movie dan 35mm, sokongan positif penonton mendorong saya untuk terus berkarya dan terhasillah Satu Hari Sebelum Raya.

“Kali ini saya cuba membawakan subjek yang dekat dengan masyarakat iaitu Hari Raya Aidilfitri; dalam pada kita bergembira menyambut Syawal, namun jangan lupa pada mereka yang memerlukan. Saya harap filem ini diterima baik dan mampu memberi nilai hiburan serta pengajaran kepada penonton,” ujar beliau.

lebih dramatik, filem ‘satu hari sebelum raya’ oleh syahmi sazli bakal undang air mata

Pelakon yang membintangi filem ini adalah Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer, Hushairy Hussein, Badri Radzi, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul, Poyie Gasi dan ramai lagi. Syahmi Sazli dilihat berani mempertaruh banyak muka baru yang popular dalam kalangan masyarakat kita seperti pempengaruh Samer dan bekas pemain bola kebangsaan, Badri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya.

lebih dramatik, filem ‘satu hari sebelum raya’ oleh syahmi sazli bakal undang air mata

Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka. Namun, dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe?

Saksikan filem Satu hari Sebelum Raya bermula 6 April 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro Shaw dan Astro Gempak.