Filem Seram ‘Rahsia’ Kini Tembus Pawagam Negara Kemboja

Filem seram versi reboot, RAHSIA terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu.

 

Bagi pasaran di sana, filem Rahsia menggunakan tajuk yang diterjemahkan dalam bahasa lokal iaitu  ទាយាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic).

filem seram ‘rahsia’ kini tembus pawagam negara kemboja

Menurut Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata penerimaan ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang buat filem di Malaysia melebarkan sayap peringkat antarabangsa.

 

“Alhamdulillah, sebuah lagi filem tempatan berjaya diangkat dan ditayangkan ke negara luar.

“Sebagai penerbit yang aktif di Malaysia, kami mengharapkan usaha ini dapat membuka peluang lebih banyak buat filem-filem kita untuk dibawa ke sana, sekali gus merapatkan jurang karya tempatan di peringkat serantau di samping mampu mengembangkan jenama Astro Shaw di peringkat antarabangsa.

“Rahsia mempunyai jalan cerita yang universal dan elemen-elemen Nusantara yang diselitkan amat dekat dengan penonton Asia, jadi kami yakin ia mampu menepati cita rasa penonton di sana,” ujar beliau.

 

Rahsia membariskan pelakon Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang Ramlah pulang bercuti ke rumah bapanya Tan Sri Karim sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful.

filem seram ‘rahsia’ kini tembus pawagam negara kemboja

Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?