Pelakon Lebih Mantap, Aksi Lebih Padu, Filem Polis Evo 3 Janjikan Kualiti Berbeza

Filem blockbuster yang menampilkan pasangan duo nombor satu di Malaysia, Polis Evo, akan kembali menemui penonton menerusi sekuel terbarunya, Polis Evo 3.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Ditayangka di 165 buah pawagam di seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei bermula 25 Mei ini, filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah menerima sambutan positif daripada penonton setelah treler rasmi dilancarkan bulan lalu.

Polis Evo 3 masih menyimpan elemen dari dua filem sebelumnya, iaitu aksi komedi daripada Polis Evo pertama (2015) dan aksi mendebarkan daripada Polis Evo 2 (2018). Dengan pengarah terkenal Syafiq Yusof yang memiliki pengalaman yang hebat, Polis Evo 3 dijanjikan sebagai filem berkualiti tinggi yang sepadan dengan karya antarabangsa dan memberikan pengalaman yang berbeza kepada penonton.

 

Antara kekuatan Polis Evo 3 adalah barisan pelakon hebat yang membawakan setiap watak berbeza. Selain watak Inspektor Sani lakonan Zizan Razak dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dari filem-filem sebelumnya, kali ini skuad Polis Evo bertambah dengan penambahan watak-watak baru yang memiliki kepakaran masing-masing.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Watak Inspektor Dani (Syafiq Kyle) adalah seorang pakar dalam bahan letupan; Inspektor Julie (Fara Ali Khan) pakar penembak tepat; Inspektor Dell (Douglas Lim) fokus pada akses data teknologi; ACP Farouk (Fauzi Nawawi) sebagai ketua skuad; dan Inspektor Faizal (Fezrul Khan) sebagai perisik khas. Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad pula membawakan watak antagonis iaitu Reza.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Polis Evo 3 juga mengembalikan watak-watak dari filem-filem terdahulunya seperti Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, dan Datin Fadilah Mansor. Selain itu, pelakon-pelakon lain seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Daniel Cheang, pempengaruh media sosial Zukieeeee, serta penampilan istimewa Dato’ Afdlin Shauki turut ditampilkan dalam filem ini.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani dalam misi terbaru mereka, kali ini bersama-sama Inspektor Dani, Inspektor Julie, dan Inspektor Dell yang memiliki kepakaran berbeza. Keadaan menjadi rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai, dan persahabatan mereka diuji apabila terbongkar hubungan suspek yang dicari dengan kisah Inspektor Khai.

 

Polis Evo sebelum ini mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama yang mencecah kutipan box office melebihi RM18 juta, manakala Polis Evo 2 pula mencapai kutipan box office sebanyak RM23 juta. Kesemua filem ini dihasilkan di bawah rumah produksi BlackFlag.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Tiket untuk Polis Evo 3 telah boleh dibeli sejak 11 Mei 2023 di pawagam di seluruh negara. Penonton juga berpeluang untuk menonton filem ini lebih awal melalui 'sneak preview' pada 24 Mei 2023, sehari sebelum tarikh tayangan rasmi.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3, yang akan ditayangkan di pawagam bermula 25 Mei 2023.