Adaptasi Dari Kisah Benar, Gemencheh Boys Dipawagam Bermula 26 Oktober Ini

Dari FELDA Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan ke padang kriket dunia.  Sebuah adaptasi daripada peristiwa sebenar, Gemencheh Boys menampilkan kisah inspirasi sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa.

adaptasi dari kisah benar, gemencheh boys dipawagam bermula 26 oktober ini

Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

adaptasi dari kisah benar, gemencheh boys dipawagam bermula 26 oktober ini

‘Gemencheh Boys’ dengan tagline ‘no retreat, no surrender’ memaparkan kisah kanak-kanak dari kampung yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’. Terkenal dengan sifat nakal, bagaimanapun karakter mereka berubah apabila seorang guru memperkenalkan permainan kriket. Menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan harapan, perjalanan pelajar-pelajar ini bersama gurunya menuju ke gelanggang dunia diceritakan dalam pelbagai emosi.

adaptasi dari kisah benar, gemencheh boys dipawagam bermula 26 oktober ini

Gemencheh Boys bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober dan diarahkan oleh pemenang Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 2017 iaitu pengarah Jason Chong bersama Eric Ong yang membabitkan studio penerbitan terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures.

 

Filem ini membariskan pelakon hebat Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tunggak utama. Turut membintangi filem ini Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan dan ramai lagi.

adaptasi dari kisah benar, gemencheh boys dipawagam bermula 26 oktober ini

Gemencheh Boys mendapat sokongan daripada Malaysia Cricket Association dan Kementerian Belia Dan Sukan. Antara sokongan seperti kolaborasi di acara julung kali diadakan di Malaysia, Internasional Cricket Counsil  - ICC Men’s Cricket World Cup Trophy Tour.

 

Siri jelajah Gemencheh Boys bermula bulan Oktober ke sekolah-sekolah serata Malaysia yang dikendalikan oleh Malaysian Cricket Association dengan mengadakan bengkel kriket dalam usaha menggalakkan minat terhadap sukan kriket dalam kalangan pelajar. Selain itu, kami turut bekerjasama dengan kumpulan komuniti sosial dan budaya, Locco menerusi acara Kereta Api Sarong yang akan diadakan pada 16 September 2023 di sekitar Lembah Klang.

 

Manakala lagu rasmi filem ini adalah ‘Siapa Kami’ nyanyian penyanyi rap terkenal dari Negeri Sembilan, W.A.R.I.S bersama David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok.

Gunakan #Gemenchehboys bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Gemencheh Boys di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

 

Nantikan filem Gemencheh Boys, sebuah cerita Malaysia adaptasi dari kisah sebenar tentang enam budak FELDA yang digelar ‘enam jahanam’ berjaya mencipta sejarah dalam dunia sukan antarabangsa, yang akan berada di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober 2023