Paling Dinantikan 2023, Didi & Friends Bakal Hiburkan Penonton Di Pawagam Tanah Air!

Ini berita baik buat peminat Didi & Friends!

paling dinantikan 2023, didi & friends bakal hiburkan penonton di pawagam tanah air!

Filem yang amat dinantikan tahun 2023, Didi & Friends bakal menemui penonton seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini.

 

Filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berdurasi 104 minit ini bukan sahaja dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.

paling dinantikan 2023, didi & friends bakal hiburkan penonton di pawagam tanah air!

Lebih menarik, banyak watak-watak baharu akan diperkenalkan seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip. Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra). Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’.

 

Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.

paling dinantikan 2023, didi & friends bakal hiburkan penonton di pawagam tanah air!

Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagam-pawagam berhampiran mulai 23 Februari 2023. Gunakan tanda pagar #DidiAndFriends #DidiAndFriendsTheMovie #DidiBerbulu bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak dan Didi & Friends.