Dah Dua Kali Tangguh, Filem Black Widow Ditunda Ke Julai Pula

Filem Black Widow terbitan Marvel Studios sepatutnya ditayangkan pada 7 Mei depan, kini terpaksa ditangguhkan lagi tayangannya kepada 9 Julai.

dah dua kali tangguh, filem black widow ditunda ke julai pula

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Marvel, filem lakonan Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff ini akan kembali sebagai filem pertama dalam fasa ke-4 Marvel Cinematic Universe (MCU).

dah dua kali tangguh, filem black widow ditunda ke julai pula

Dalam filem Black Widow ini, Natasha Romanoff berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya yang lampau. Natasha mesti menangani sejarahnya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum beliau menjadi ahli Avenger.

Dalam perkembangan lain, filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings juga akan menemui peminat pada 3 September 2021 dengan menampilkan Simu Liu sebagai watak utama Shang-Chi. Menariknya, filem ini juga akan menampilkan aktress dari Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Jiang Nan, bersama-sama pelakon antarabangsa lain seperti Awkwafina, Tony Leung dan ramai lagi.

dah dua kali tangguh, filem black widow ditunda ke julai pula

Dalam pada itu, antara filem lain yang dijadualkan semula tayangan termasuk prekuel kepada filem "101 Dalmations", "Cruella".

 

Penjadualan semula tayangan filem, baik dari filem tempatan mahupun antarabangsa ini adalah berikutan penularan pandemik COVID-19 di serata dunia.

 

Sumber: Marvel