Fenomena unik yang muncul sekali dalam setahun ini telah menarik perhatian ribuan pengunjung untuk datang ke Pantai Tanjung Rhu dekat Langkawi pada awal pagi Selasa lepas.
Kejadian berlaku selama sejam mulai 7 pagi menyaksikan laut kelihatan ‘terbelah’ dan membentuk beting pasir sepanjang 600-meter hingga membolehkan pengunjung melaluinya.
Menurut laporan, kejadian sama berlaku pada Rabu dan Khamis pagi yang mana paras laut menjadi surut sehingga 0.1 meter.
Meninjau ke laman Tiktok, ramai mengambil kesempatan merakam kenangan berjalan diatas ‘laut terbelah’ sejauh 600-meter hingga ke Pulau Penyu, Pulau Ketam Baya dan Pulau Cabang.
Disebabkan ribuan pengunjung berada dilokasi itu, langkah keselamatan turut diambil seperti membunyikan siren amaran untuk pengunjung berpatah balik sebelum air pasang semula.
Sumber: Tiktok