Rakyat Malaysia Boleh Lihat Hujan Meteor Pada 13 Ogos Ini

Hujan meteor adalah fenomena menakjubkan yang sering menjadi tontonan menarik bagi kita yang berada di Bumi.

rakyat malaysia boleh lihat hujan meteor pada 13 ogos ini

Fenomena ini berlaku apabila sisa-sisa pepejal dari komet atau asteroid yang terbakar di atmosfera, menghasilkan pancaran cahaya terang yang dikenali sebagai meteor.

 

Menurut Planetarium Negara, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena Hujan Meteor Perseids pada waktu malam dari 17 Julai hingga 24 Ogos 2023.

rakyat malaysia boleh lihat hujan meteor pada 13 ogos ini

Hujan Meteor Perseids merupakan salah satu hujan meteor yang paling popular dan dinantikan setiap tahun. Fenomena ini biasanya berlaku pada bulan Ogos dan dapat dilihat dengan jelas di langit malam.

 

Hujan Meteor Perseids terjadi disebabkan oleh komet Swift-Tuttle yang mengorbit di sekitar matahari. Ketika Bumi melintasi jalur orbit komet ini, sisa-sisa debu dan partikel kecil dari komet akan memasuki ruang atmosfera bumi dan membakar akibat geseran udara, menghasilkan pancaran cahaya terang.

 

Aktiviti Hujan Meteor Perseids akan mencapai maksimum dengan kadar 110 meteor sejam atau hampir 2 meteor seminit pada Ahad 13 Ogos 2023, jam 09:00 malam sehingga menjelang awal pagi 14 Ogos 2023.

rakyat malaysia boleh lihat hujan meteor pada 13 ogos ini

Orang ramai yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor ini perlu ke kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya.

 

Sumber: Facebook Planetarium Negara