Peluang Saksikan Gerhana Bulan Darah 26 Mei Ini

Orang ramai sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan gerhana bulan pertama tahun 2021 pada 26 Mei ini.

peluang saksikan gerhana bulan darah 26 mei ini

Gerhana bulan juga dikenali sebagai Bulan Darah atau Bulan Merah ini akan kelihatan sedikit kemerahan berbanding gerhana bulan biasa.

 

Gerhana Bulan Merah pada 26 Mei dijangka akan berlangsung pada jam 7:18 malam dan sangat jelas kelihatan di Miri, Sarawak. Warna bulan yang sedikit kemerahan pada ketika itu terjadi akibat daripada zarah-zarah debu dan panjang gelombang warna yang berbeza pada permukaan bulan.

peluang saksikan gerhana bulan darah 26 mei ini

peluang saksikan gerhana bulan darah 26 mei ini

Menurut NASA, gerhana bulan darah terjadi apabila Bumi berada di antara matahari dan Bulan dan menyekat sinar matahari sampai ke permukaan bulan.

 

"Ketika ini terjadi, satu-satunya cahaya yang sampai ke permukaan Bulan adalah dari tepi atmosfera Bumi. Molekul udara dari atmosfera Bumi menghamburkan sebahagian besar cahaya gelombang biru. Cahaya yang tersisa memantulkan ke permukaan Bulan dengan cahaya merah, membuat Bulan kelihatan merah di langit malam," kata NASA di laman webnya.

peluang saksikan gerhana bulan darah 26 mei ini

Selain di Malaysia, gerhana bulan merah ini akan jelas kelihatan dibeberapa negara lain seperti di beberapa bahagian Australia, New Zealand, Amerika barat, Amerika Selatan, Lautan Hindi, Laut Pasifik, Lautan Atlantik dan beberapa bahagian di Asia Tenggara.

peluang saksikan gerhana bulan darah 26 mei ini

Selain menggunakan peralatan khas untuk menyaksikan fenomena ini, anda boleh juga mengunjungi saluran YouTube pada waktu dan tarikh berikut untuk melihat secara live kejadian gerhana bulan merah.

Sumber: BT