Hari ini, 29 Februari adalah hari yang cukup istimewa buat segelintir daripada kita.
Berlaku sekali dalam tempoh 4 tahun, 29 Februari adalah hari bagi tahun lompat yang cukup istimewa dan unik, lagi-lagi kepada mereka yang lahir pada tarikh ini.
1. Mereka yang lahir 29 Feb adalah sangat ‘rare’
Anak yang lahir pada tanggal 29 Feb adalah sangat jarang, iaitu sekitar 0.068 peratus. Di dunia, hanya ada sekitar 4.1 juta kelahiran pada tarikh ini.
2. Terpaksa meraikan ulang tahun kelahiran di hari lain.
Kebanyakkan anak yang lahir pada 29 Feb disebut sebagai ‘leapling’ atau ‘leapers’. Ia kerana mereka perlu menunggu setiap 4 tahun untuk meraikan ulangtahun kelahiran. Rata-rata mereka menyambut hari lahir pada 28 Feb atau 1 Mac pada tahun bukan tahun lompat.
3. Rasa lebih disayangi
Memiliki cahaya mata yang lahir pada 29 Feb biasanya akan merasai banyak emosi yang dirasakan menjelang ulangtahun kelahirannya yang akan tiba. Jadi, lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan menantikan tarikh ini, membuatkan mereka lebih disayangi dan menjadi lebih perhatian.
4. Rekod tiga generasi lahir 29 Feb
Menurut Guiness World Records, satu-satunya keluarga yang memiliki tiga generasi berturut-turut lahir pada 29 Feb adalah keluarga Keoghs, daripada datuknya 29 Feb 1940, kepada si ayah 29 Feb 1964 dan juga cucu 29 Feb 1996.
5. Melahirkan tiga anak pada tarikh 29 Feb dalam satu keluarga
Ini pun unik apabila keluarga Karin dan Henry Henriksen memiliki tiga anak yang semuanya dilahirkan pada 29 Feb iaitu anak sulung, Heidi lahir 29 Feb 1960, Olav 29 Feb 1964 dan Leif-Martin, 29 Feb 1968. Keluarga ini juga telah mencipta rekod dunia untuk kelahiran ini.
6. Ibu dan anak perempuannya lahir pada 29 Feb
Michelle Birnbaum dari Saddle River, New Jersey lahir pada 29 Feb 1980 dan 28 tahun kemudian, beliau melahirkan anak bernama Rose, pada 29 Feb 2008.
Sekadar info, Bumi mengambil masa selama 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat untuk melengkapkan putarannya mengelilingi matahari. Disebabkan kelebihan jam ini, maka satu hari tambahan diberi pada bulan Februari untuk setiap 4 tahun, maka terhasilkan tahun lompat dan 29 Februari.
Sumber: The Asian Parent