Faisal Halim Tamatkan Kemarau Golnya Tahun Ini!

Skuad Harimau Malaya cemerlang dalam kedua-dua aksi persahabatan antarabangsa! 

Anak buah Kim Pan gon menang 1-0 ke atas Turkmenistan, Khamis lalu. 

Malam tadi, Hong Kong pula jadi mangsa, kalah 0-2 kepada Malaysia. 

faisal halim tamatkan kemarau golnya tahun ini!

Untung la siapa yang dapat tengok live dekat Stadium Sultan Ibrahim, dapat sorak-sorak dan happy-happy sebab Malaysia menang. 

faisal halim tamatkan kemarau golnya tahun ini!

Hero utama untuk game kali ni sudah tentu Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang masing-masing jaringkan 1 gol untuk Harimau Malaya. 

Ini juga merupakan gol ke-10 Faisal Halim untuk skuad kebangsaan. 

Tapi yang syahdunya bila Faisal menangis lepas dia jaringkan gol malam tadi. 

Akhirnya, berjaya jugak penyerang Selangor ni tamatkan kemarau golnya untuk tahun 2023. 

faisal halim tamatkan kemarau golnya tahun ini!

Sejak berhijrah dari Terengganu ke Selangor musim ini, Faisal belum jaringkan sebarang gol untuk The Red Giants. 

Ramai jugak yang kecam dia. 

Tapi Faisal anggap belum rezeki dia untuk sumbangkan gol buat Selangor. 

Rupa-rupanya rezeki dia bersama skuad kebangsaan malam tadi. 

Netizen pun awal sangat nak kecam, tunggu la hujung musim baru boleh buat penilaian. 

Harap-harap Faisal dapat kekalkan momentum cemerlangnya untuk Selangor dalam aksi Liga Super pula lepas ni. 

All The Best! 

 

Oleh Izzati Amir