Piala AFF 2022 menjadi tumpuan ramai apabila skuad negara berjaya mara ke peringkat separuh akhir menentang pasukan negara jiran, Thailand.
Aksi separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu lalu menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya membawa bekalan satu gol ke tempat lawan, pada Selasa 10 Jan 2022.
Meskipun begitu, tumpuan diberikan sekali lagi kepada pengadil perlawanan apabila beliau menafikan gol kedua Malaysia menerusi tandukan Dominic Tan yang jelas masuk ke gawang gol tanpa mengasari lawan seperti yang didakwa pengadil, Kim Dae-yong,
Malah, pengadil turut tidak memberikan sepakan penalti kepada Thailand apabila salah seorang pemain negara, Shamie Iszuan menjatuhkan salah seorang pemain Thailand di dalam kotak penalti pada hujung minit permainan.
Seperti dijangka, Facebook pengadil ini akhirnya menjadi mangsa serangan netizen Malaysia dan Thailand yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dari Korea Selatan itu.
"Keputusan yang salah. Jaringan Malaysia adalah sah. Perlanggaran berlaku melibatkan penjaga gol dan pemain pertahanan Thailand," kata Fahmum Hananun.
"Kamu boleh berhenti menjadi pengadil dan mulakan perniagaan kimchi. Memalukan," kata Muhammad Safwan.
"Kualiti pengadilan tahap rendah. Keputusan yang tidak adil. Mental terlalu lemah bila diprovokasi oleh pemain Thailand," kata Amin Shaiful.
Kesemua komen itu ditinggalkan menerusi status yang dimuatnaik Dae-yong pada hantaran terakhirnya pada 2020.
Bagaimanapun tidak dapati dipastikan sama ada akaun itu adalah akaun rasmi Dae-yong atau sebaliknya.
Terdahulu, pengadil dalam perlawanan antara skuad kebangsaan bertemu Vietnam sebelum ini, Ryuji Sato dari Jepun juga pernah mendapat kecaman penyokong ekoran keputusan tidak tepatnya.
Sumber: Facebook