Peperiksaan di sekolah Britain bakal tergendala kerana kurangnya pengawas peperiksaan pada musim panas ini.
Menurut laporan, ramai pengawas peperiksaan yang enggan menghadirkan diri menyelia peperiksaan kerana takut dijangkiti wabak COVID-19.
.
Isu itu mendapat perhatian Persatuan Pemimpin Sekolah dan Kolej (ASCL) yang menegaskan masalah ini perlu diatasi dengan segera seperti digantikan oleh kakitangan lain dan ibu bapa pada masa tertentu.
.
Menurut ASCL, isu kekurangan pengawas peperiksaan ini mungkin terjadi disebabkan mereka sudah mendapat pekerjaan baharu atau bimbang dijangkiti COVID-19 di sekolah.
.
“Ia jelas menunjukkan terdapat kesukaran untuk merekrut pengawas peperiksaan yang mencukupi.
“Saya rasa sekiranya kit Covid-19 diberikan secara percuma kepada pelajar yang menduduki peperiksaan, sudah tentu ia akan meyakinkan kakitangan itu.
“Justeru, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini,” kata Setiausaha Agung ASCL, Geoff Barton.
.
Sumber: [1]