Beberapa pengunjung dilaporkan cedera selepas terjatuh ketika menaiki eskalator sebuah pusat beli-belah.
Kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang di bandar Santa Rosa dekat Filipina pada Ahad lalu telah menyebabkan sekumpulan pengunjung cedera dan ada yang berdarah.
Dalam kejadian itu, pengunjung dilihat naik ke satu tingkat namun eskalator itu mengundur secara tiba-tiba. Mereka yang berada di eskalator itu juga sedang berpaut pada pemegang tangan, sebelum mereka hilang keseimbangan lalu terjatuh atas satu sama lain.
"Semua orang di eskalator jatuh, ada yang berdarah," demikian menurut seorang saksi.
Antara mangsa yang terlibat adalah kanak-kanak berusia seawal usia lima tahun dan beberapa lagi orang dewasa. Pihak pengendali pusat beli-belah berkenaan juga telah menanggung bil perubatan mangsa terlibat.
Disebabkan insiden itu, ada pengunjung yang kini trauma untuk menggunakan eskalator lagi. Trauma ini disebut sebagai escalaphobia.
Sumber: Youtube / GMA News