COVID-19: Eropah Bakal Wajibkan Suntikan Vaksin Penggalak

Dalam usaha memerangi wabak COVID-19, dos penggalak diperkenalkan bagi menyokong keberkesanan vaksin yang diterima orang ramai.

covid-19: eropah bakal wajibkan suntikan vaksin penggalak

Ketika ini, dos penggalak diberikan kepada mereka dengan keutamaan janji temu diberikan mengikut turutan umur, petugas barisan hadapan, individu dengan komorbiditi, wanita hamil dan keperluan ke luar negara.

 

Di Eropah, mereka bakal mewajibkan suntikan penggalak kepada penduduknya yang mahu melancong bermula musim panas depan, dan tidak lagi perlu menjalani ujian dan proses kuarantin jika mendapat suntikan ini.

 

Menurut Suruhanjaya Eropah lagi, cadangan untuk menerima semua vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga dicadangkan, termasuklah penerima vaksin keluaran China dan India yang melakukan perjalanan bukan kritikal.

 

Kebenaran ini sekaligus membolehkan perjalanan bebas dibuat merentasi negara di Eropah tanpa mengira jenis vaksin yang diterima.

 

Namun begitu, Eropah kini berdepan dengan sekatan baharu susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang menyaksikan Eropah sekali lagi menjadi pusat penularan jangkitan wabak berkenaan.

 

Pesuruhjaya Kesihatan EU menganggarkan setakat ini peratusan vaksinasi bagi populasinya hanya setakat 65 peratus.

 

Sumber: [1]