ERA Sabah dan ERA Sarawak Perkenal Barisan Personaliti, Segmen Baru

Para pendengar jenama radio ERA Sabah dan ERA Sarawak berpeluang untuk berhibur bersama personaliti-personaliti baharu dan menikmati pengisian tempatan terkini yang disajikan kepada semua, khususnya untuk mereka yang berada di Borneo, mulai 8 Januari 2024, Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, melalui siaran udara dan di aplikasi SYOK.

era sabah dan era sarawak perkenal barisan personaliti, segmen baru

era sabah dan era sarawak perkenal barisan personaliti, segmen baru

Pendengar ERA Sabah boleh berhibur bersama personaliti dan pengisian terkini, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, menerusi segmen-segmen terbaik berikut:

era sabah dan era sarawak perkenal barisan personaliti, segmen baru

Manakala pendengar ERA Sarawak pula boleh berhibur bersama personaliti serba baharu dengan pengisian terkini, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, menerusi segmen-segmen menarik berikut:

era sabah dan era sarawak perkenal barisan personaliti, segmen baru

Sebagai tambahan, para pendengar ERA Sabah dan Sarawak juga boleh terus berhibur dengan pengisian-pengisian terkini pada hujung minggu menerusi segmen ‘Borneo Pagi ERA’ bersama Fieya Julia dan Daniel Chuer, dua personaliti baharu ERA, yang akan menemani pendengar pada setiap Sabtu dan Ahad, dari jam 7 pagi hingga 10 pagi. Segmen ‘Borneo Pagi ERA’ membawakan pengisian terbaik serta dilengkapi dengan segmen-segmen lain termasuk Carta ERA 40, RIM Chart, Mood Healing ERA, Ujong Minggu ERA, Carta Borneo ERA, Lagu Baru Nak Up, Malam Sendu ERA, Flow ERA dan lebih lagi buat semua pendengar.

 

Untuk maklumat lanjut, layari era.syok.my atau ikuti ERA Sabah dan Sarawak di platform media sosial.