Elon Musk Mahu Tukar Logo, Tiada Lagi Burung Biru Pada Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk menyatakan hasratnya untuk mengubah logo Twitter dengan memansuhkan simbol burung biru.

 

Musk dalam satu hantaran dilihat mahu mengubah burung biru sedia ada kepada simbol X, yang sinonim dengan dirinya.

elon musk mahu tukar logo, tiada lagi burung biru pada twitter

elon musk mahu tukar logo, tiada lagi burung biru pada twitter

Perkara itu memperlihatkan perubahan terbesar Twitter sejak Musk mengambil alih pemilikan platform media sosial itu pada tahun lalu.

 

Pertukaran logo Twitter dikatakan akan dibuat secepat mungkin dalam minggu ini.

 

“Tidak lama lagi kita semua akan berpisah dengan jenama Twitter secara berperingkat,” kata Musk dalam ciapan di akaun Twitter rasminya pada Ahad.

elon musk mahu tukar logo, tiada lagi burung biru pada twitter

Terdahulu, Musk turut memuatnaik sekeping foto tertera perkataan X, sebelum berkongsi sedutan rakaman audio jawapannya menyebut “Ya” pada soalan yang ditanya adakah logo Twitter akan berubah.

 

Sebaik mengambil alih Twitter pada Oktober 2022, Musk sudah beberapa kali membuat keputusan yang mengejutkan termasuk mengubah nama perniagaannya menjadi X Corp, mencerminkan visinya untuk menciptakan "super app" seperti WeChat di China.

 

Pada Oktober tahun lalu, beliau turut mengumumkan bahawa "membeli Twitter adalah pendorong kepadanya untuk menghasilkan X iaitu aplikasi buat segala-galanya."

 

Sumber: Astro AWANI