Ed Sheeran Main Badminton Dengan Pemain Kebangsaan, Chan Peng Soon di KL [Video]

Baru-baru ini, penyanyi pop British, Ed Sheeran telah menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di Kuala Lumpur, sebagai salah satu destinasi dalam siri jelajahnya.

 

Menariknya, selepas konsert berakhir, Ed Sheeran dikatakan sempat bermain badminton bersama pemain badminton kebangsaan, Chan Peng Soon baru-baru ini.

ed sheeran main badminton dengan pemain kebangsaan, chan peng soon di kl [video]

Menerusi video di X, Ed Sheeran dilihat menyarung jersi kuning dengan bendera Malaysia di dadanya.

ed sheeran main badminton dengan pemain kebangsaan, chan peng soon di kl [video]

“Oh, badminton adalah satu perkara yang besar di Malaysia,” kata penyanyi lagu ‘Perfect’ itu sebelum perlawanan bermula.

 

Selain bermain badminton, Ed Sheeran dikatakan turut mencuba pelbagai aktiviti di Malaysia, antaranya seperti mewarna batik dan mendapatkan khidmat cukur di kedai gunting rambut tempatan.

ed sheeran main badminton dengan pemain kebangsaan, chan peng soon di kl [video]

ed sheeran main badminton dengan pemain kebangsaan, chan peng soon di kl [video]

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ed Sheeran (@teddysphotos)

 

 

Sumber: Stadium Astro / Instagram