Saintis Bimbang Risiko Pandemik Lepas Jumpa Dua Virus Korona Baharu Pada Kelawar

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan berterusan pandemik COVID-19 yang bermula di Wuhan, China, kegusaran terhadap pandemik telah muncul kembali selepas sekumpulan saintis menemui dua virus korona baharu yang boleh dijangkiti oleh spesis kelawar.

saintis bimbang risiko pandemik lepas jumpa dua virus korona baharu pada kelawar

Sekumpulan saintis China kini telah mengenalpasti dua virus tambahan dari keluarga yang sama, iaitu CD35 dan CD36, yang ditemui dalam sampel yang diperoleh daripada 112 kelawar dekat selatan China antara bulan Mac dan April 2021.

saintis bimbang risiko pandemik lepas jumpa dua virus korona baharu pada kelawar

Antara kelawar yang diambil sampel, tujuh daripadanya ditemui membawa kedua-dua koronavirus yang baharu ditemui ini, dengan keduanya berkongsi mutasi yang menyumbang kepada kebolehjangkitan yang tinggi virus COVID-19.

 

Penting untuk dinyatakan bahawa kedua-dua CD53 dan CD54 tidak sepadan dengan virus COVID-19, dan hanya mempunyai persamaan sebanyak 54% dengan virus yang merebak dengan pantas di seluruh dunia.

 

Pada masa ini, tidak ada bukti yang meyakinkan untuk mengesahkan keupayaan kedua-dua virus korona baharu ini untuk menjangkiti manusia.

 

Terdahulu, virus COVID-19 yang telah mula dikesan pada November 2019 telah membawa episod hitam dalam masyarakat serta ekonomi dunia. Sehingga kini, masih belum ada sebarang penawar untuk merawat Covid-19, dan manusia amnya bergantung kepada vaksin semata-mata.

 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kematian global akibat penyakit ini kini hampir mencapai 7 juta, dengan hampir 800 juta kes yang direkodkan.

who beri amaran wabak penyakit x, risiko ancam nyawa berjuta orang

WHO baru-baru ini turut mengeluarkan amaran bahawa pandemik global seterusnya mungkin akan melebihi keparahan COVID-19 dari segi kesan kepada nyawa manusia. Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan perlunya bersedia dan memberikan tindak balas bersatu untuk menghadapi kemungkinan munculnya patogen yang lebih mematikan.

 

Baca: WHO Beri Amaran Wabak Penyakit X, Risiko Ancam Nyawa Berjuta Orang

 

Sumber: Daily Star