Dua Varian Utama COVID-19 Di China Kini Dikesan Di Malaysia – KP Kesihatan

Dua varian utama COVID-19 yang sedang menular di negara China kini dilaporkan dikesan di Malaysia.

dua varian utama covid-19 di china kini dikesan di malaysia – kp kesihatan

Demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan dua varian utama COVID-19 dari negara itu adalah BA.5.2 dan BF.7 yang dikesan telah berada di negara ini.

 

Menurutnya, setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7. Bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes atau kematian dengan dua varian ini.

 

“Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.

“Perkara ini akan diumumkan dengan segera oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am,” katanya dalam satu kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 negara pada Isnin.

 

Kedua-dua varian COVID-19 itu merangkumi 80 peratus daripada varian yang sedang menular di China ketika ini.

 

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,” ujarnya.

 

 

Sumber: KP Kesihatan