Astro Perkenal Dua Pek TV Baharu Lengkap Dengan Kandungan Premium Netflix!

Para peminat sukan dan filem kini boleh menikmati tawaran kandungan yang lebih banyak dengan pakej baharu Astro, Pek Sports Plus dan Movies Plus.

astro perkenal dua pek tv baharu lengkap dengan kandungan premium netflix!

Kedua-dua pek baharu ini mempunyai semua saluran kegemaran anda dan aplikasi penstriman daripada Pek Sports dan Pek Movies seperti beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar dan HBO GO, dan kini turut mempunyai tambahan Netflix serta rancangan Korea dan Seram terbaik dengan serendah RM129.99/sebulan*.

 

Dua pek TV baharu ini diperkenalkan selepas Astro mendengar pelbagai maklum balas daripada pelanggan dan bakal pelanggannya.

 

“Sebagai sebahagian daripada memperluas pengalaman hiburan kami, kami berbesar hati untuk memperkenalkan dua Pek TV baharu - Sports Plus dan Movies Plus, dengan kandungan premium Netflix.

“Setelah mendengar maklum balas daripada pelanggan dan bakal pelanggan, kami berbesar hati kerana dapat menawarkan lebih banyak pilihan, kemudahan dan nilai yang lebih baik dengan cara ini.

“Peminat sukan kini boleh menikmati kesemua 64 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 serta perlawanan sukan terbesar dan pada masa yang sama, menonton Netflix dengan lancar bersama Astro.

“Pelanggan yang melanggan dua Pek baharu ini akan menikmati lebih penjimatan sambil menerokai kandungan yang lebih luas, sekali gus mengukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi hiburan nombor satu Malaysia,” demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro - Designate, Euan Smith.

 

Menariknya, dengan Pek Sports Plus, pelanggan akan mendapat Netflix serta menyaksikan aksi sukan terbesar dalam 4K seperti Piala Dunia Qatar 2022, Liga Perdana, Formula 1, UFC, NBA, Liga Juara-Juara UEFA dan banyak lagi. Pelanggan juga mendapat aplikasi beIN SPORTS CONNECT yang memberikan akses kepada liga bola sepak utama Eropah seperti UEFA Europa League, LA Liga, Ligue 1 dan Serie A secara SIARAN LANGSUNG dan on-demand, sebagai tambahan kepada lebih 3,000 jam siaran secara siaran langsung sukan tenis termasuk Piala ATP dan Laver.

astro perkenal dua pek tv baharu lengkap dengan kandungan premium netflix!

Pek Movies Plus dilengkapi dengan semua kandungan nilai tinggi yang terkenal di Netflix, sebagai tambahan kepada perkhidmatan penstriman lain termasuk Disney+ Hotstar yang membolehkan pengguna menikmati drama Korea popular The Golden Spoon dan One Dollar Lawyer, rancangan pelbagai Korea THE ZONE: Survival Mission dibintangi oleh Yu Jaeseok, Lee Kwang Soo dan Kwon Yuri dan siri popular terbaru dari Marvel Studios – She-Hulk: Attorney at Law; serta Everything Everywhere All at Once, pengembalian siri perjalanan masa klasik, Quantum Leap dan musim kedua drama fiksyen sains popular, La Brea di HBO GO.

astro perkenal dua pek tv baharu lengkap dengan kandungan premium netflix!

Sebagai tawaran istimewa pelancaran, pelanggan baharu akan dapat menikmati salah satu daripada kedua-dua pek dengan hanya RM119.99/sebulan* selama 18 bulan! Layari www.astro.com.my untuk maklumat lanjut.

 

 

*Tawaran dalam talian RM119.99/sebulan untuk 18 bulan akan berakhir pada 18 Disember 2022 dan hanya ditawarkan kepada pelanggan dengan kontrak 24 bulan. Harga asal RM129.99 akan dicaj selepas 18 bulan. Pek Sports Plus dan Movies Plus disertakan dengan kontrak 0, 12 atau 24 bulan, namun pendaftaran kali pertama untuk Pek Sports Plus dan Movies Plus memerlukan komitmen selama 12 bulan atau lebih. Pilihan kontrak 0 bulan hanya tersedia untuk pembaharuan berikutnya. Tertakluk kepada terma & syarat.