Dua Lelaki Didakwa Atas Kesalahan Miliki Android Box Tanpa Kelulusan!

Dua lelaki telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu atas kesalahan memiliki dan menjual android box yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

 

Kedua-dua tertuduh Yap Kim Fatt, 42 tahun dan Chu Kar Wai, 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim, N Priscilia Hemamalini.

dua lelaki didakwa atas kesalahan miliki android box tanpa kelulusan!

Mereka didakwa mengikut Seksyen 43AA Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 kerana memiliki dan menjual tiga perkakas itu dengan kandungan yang tidak dibenarkan.

 

Pendakwaan terhadap tertuduh menyaksikan mereka merupakan yang pertama didakwa mengikut akta itu sejak pindaan berkuat kuasa pada Mac tahun lepas.

 

Kedua-dua tertuduh turut didakwa melanggar Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000.

 

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM15,000 untuk setiap tertuduh.

 

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ilya Ellyna Nor Azmal manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.

 

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Mei depan untuk pengurusan kes.

 

Sumber: Astro AWANI