Dua Beradik Maut Dalam Tangki Kumbahan Ketika Ibu Asyik Karaoke

Dua beradik dilaporkan mati lemas dalam tangki kumbahan ketika ibu mereka dipercayai asyik berkaraoke dalam rumah.

Kejadian berlaku di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu dekat Aceh, Indonesia pada Selasa lalu.

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam tangki berkenaan tanpa disedari oleh ibunya yang sedang asyik berkaraoke.

dua beradik maut dalam tangki kumbahan ketika ibu asyik karaoke

Ibu mangsa berusia 35 tahun ketika kejadian sedang berehat sambil melayan karaoke di rumah dengan nada suara yang tinggi. Selepas itu, barulah beliau menyedari dua orang anaknya itu tidak berada dirumah.

Wanita itu kemudiannya menjerit apabila menemui dua anaknya tidak bergerak dalam lubang kumbahan. Beliau turut melompat masuk ke dalam tangki bagi menyelamatkan mangsa.

Namun usahanya sia-sia apabila kedua-dua anaknya itu disahkan meninggal dunia ketika kejadian.

Sumber: Tribunews