‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’, Siri Drama Terbaru Konsep ‘Spy’ Menanti Anda Hanya di Astro

Mengekalkan posisi sebagai pembikin kandungan digital utama negara, Astro menerusi Gempak kini mempersembahkan siri terbaharu berkonsepkan ‘spy’ dengan sisipan plot yang menghiburkan kepada para penontonnya menerusi ‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’.

‘b.a.r.i.s.t.a: misi terpaling sulit’, siri drama terbaru konsep ‘spy’ menanti anda hanya di astro

Konsep ini merupakan antara keunikan Gempak Originals dalam menyajikan kandungan-kandungan segar dalam tema penceritaannya selepas kejayaan siri seperti ‘The Maid’ (misteri pembunuhan ‘whodunit’), ‘Ex Aku Pontianak’ (siri seram remaja) dan ‘Scammer Geng Marhaban’ (komedi kekeluargaan).

 

Kali ini, konsep ‘spy’ atau perisik komedi yang berlatar belakangkan sebuah café menjadi nadi utama ‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’ yang ternyata berlainan daripada penceritaan siri-siri komedi di Malaysia.

‘b.a.r.i.s.t.a: misi terpaling sulit’, siri drama terbaru konsep ‘spy’ menanti anda hanya di astro

BADAN ANTI RADICAL INSURGENT TERORIS ANDORSIA atau dikenali sebagai B.A.R.I.S.T.A ialah sebuah agensi perisikan Andorsia, sebuah negara Komanwel fiksyen yang sering terlibat dengan misi-misi perisikan, anti-pengganas dan penyiasatan antarabangsa. Ketika menjalani sebuah misi untuk menghapuskan KURAP (KUMPULAN RADIKAL PEMISAH ANDORSIA SELATAN) yang ingin mengancam Andorsia, Ejen K telah diculik oleh sekumpulan pengganas yang ingin mengecam agensi perisikan mereka.

.

Untuk menyelamatkan Ejen K, Ejen M yang dikenali sebagai legend spy dan Ejen Gee, seorang penganalisis IT yang nerd dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan sulit ini. Namun dalam menyelesaikan misi ini, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan.

 

‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’ membawa penceritaan baharu yang mempunyai elemen-elemen yang mampu menarik minat para penonton golongan muda dan berusia dengan konsep yang begitu bersahaja tetapi komedinya kena kepada mereka yang menonton.

 

Sherry Alhadad kembali menghangatkan siri Gempak Originals ini menerusi karakternya, Ejen M, seorang ejen yang mempunyai kuasa hebat yakni ‘lempangan maut’. Manakala Kamal Adli memegang peranan Ejen Gee yang merupakan seorang penganalisa IT yang bijak namun penakut.

‘b.a.r.i.s.t.a: misi terpaling sulit’, siri drama terbaru konsep ‘spy’ menanti anda hanya di astro

Nadia Brian turut tampil sebagai kawan rapat kepada Ejen M, Ejen K. Manakala Fauzi Nawawi muncul sebagai antagonis, di samping Mekyun yang membuat penampilan pertamanya dalam industri lakonan.

‘b.a.r.i.s.t.a: misi terpaling sulit’, siri drama terbaru konsep ‘spy’ menanti anda hanya di astro

Siri ini mendapat sentuhan sutradara Norhanisham Muhammad atau dikenali sebagai ‘Labu’ dengan hasil skrip tulisan Sham Hashim yang juga bertindak sebagai showrunner.

‘b.a.r.i.s.t.a: misi terpaling sulit’, siri drama terbaru konsep ‘spy’ menanti anda hanya di astro

‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’ terbitan Arie Zaharie Productions akan ditayangkan bermula 24 Ogos 2023, jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

 

Sementara itu, peminat dapat menyaksikan siri digital extension ‘B.A.R.I.S.T.A: Siasatan Dalaman’ di semua platform Astro Gempak pada setiap Khamis, jam 11.35 malam. Siri ini merupakan sisipan eksklusif yang tidak ditayangkan di televisyen.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

Sinopsis ‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’

 

M & Gee adalah 2 ejen perisik B.A.R.I.S.T.A ala-ala C.I.A dari sebuah negara Andorsia. Ejen M adalah seorang ‘field agent’ manakala Ejen Gee (Kamal Adli) adalah seorang ‘desk-bound analyst’. Mereka dipilih untuk sebuah operasi sulit iaitu selamatkan Ejen K (Nadia Brian), kawan baik M yang juga ejen perisik yang telah diculik oleh sekumpulan pengganas. Lebih mengejutkan, Ejen K dituduh sengaja ditangkap kerana mahu belot pada agensi mereka.

 

Barisan pelakon ‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’

 

Sherry Alhadad - Ejen M

Kamal Adli - Ejen Gee

Nadia Brian - Ejen K

Fauzi Nawawi - Dollah Bostamam

Zarul Husin - Captain W

Mekyun - Onot

Sadiq M Jamil - Tiak

Aziz M Osman - Pak Ngah

Emelda Rosmila - Senator Salbiah