‘Dongibab’, Drama Bersiri Komedi Pertama Oleh Gamers Malaysia

Platform eSports dan ‘gaming’ hiburan, eGG Network, buat julung kalinya membawakan sebuah rantaian drama bersiri berbentuk komedi, ‘Dongibab’, yang mana bakal menampilkan bakat-bakat muda dari dunia ‘gaming’ dan barisan penstrim permainan video.

‘dongibab’, drama bersiri komedi pertama oleh gamers malaysia

Di antaranya termasuklah nama-nama yang begitu dikenali di kalangan komuniti gamers seperti Jaasuzuran, Uncle Dyy, FattahZie Gaming, dan Daddy Hood, beserta dengan salah seorang watak ‘musketeer’ utama di Kelab Mickey Mouse Malaysia, Ellya Keesha.

 

Siri ini mengisahkan tentang seorang anak muda, Fatah yang mengambil alih tugas menjaga kafe siber milik ayah beliau. Namun begitu, kawan baik Fatah, Lukeman, beranggapan tiada harapan untuk Fatah membangunkan perniagaan seperti kafe siber di kawasan bandar kecil mereka. Dalam pada itu, bas yang dinaiki Lilian bersama sekumpulan rakan ‘gamers’ beliau terkandas di kawasan perumahan Fatah.

 

Tanpa sebarang signal penerimaan telefon bimbit, satu-satunya harapan Lilian dan rakan-rakannya adalah menerusi akses internet yang ada di kafe siber Fatah. Dengan dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi, Lilian tidak berputus asa dan nekad untuk memastikan festival ‘gaming’ anjurannya berjaya diadakan, walaupun jika ia perlu dibuat di bandar kecil! Lilian mendapat sokongan dari pemain video game terkemuka, Mr. Canto, namun begitu, Juno berharap usaha Lilian gagal dan tidak berjaya dilaksanakan.

 

Uncle Dyy (sebagai Fatah), FattahZie Gaming (sebagai Lukeman) dan Daddy Hood (sebagai Mr. Canto) yang memiliki ramai peminat setia dalam dunia penstriman video menerusi ‘game’ penstriman atas talian (livestreaming) kini mengorak langkah terlibat dengan penerbitan di depan lensa kamera.

‘dongibab’, drama bersiri komedi pertama oleh gamers malaysia

Turut serta bersama mereka dalam menjayakan naskhah ini adalah pemain dunia hiburan yang lebih berpengalaman, Jaasuzuran (sebagai Juno). Sebelum ini, ramai yang mengenali Jaasuzuran dari radio ERA yang mana beliau telah bersama lebih dari lima (5) tahun. Beliau juga merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer lagu dan pada masa yang sama memiliki ramai pengikut di dunia penstriman video atas talian khususnya.

‘dongibab’, drama bersiri komedi pertama oleh gamers malaysia

Dalam pada itu, Ellya Keesha (sebagai Lilian) yang membawakan pengalaman beliau sebagai seorang ‘musketeer’ sebelum ini bersama Kelab Mickey Mouse Malaysia ke ‘Dongibab’ berkata,

“Pada peringkat awal pembabitan saya dengan Dongibab, saya akui ada perasaan gugup dan gementar kerana saya bukan seorang ‘gamer’ seperti barisan pelakon yang lain.

“Pada masa yang sama, ini merupakan penampilan saya yang pertama sebagai tonggak utama, jadi sudah tentu saya ada perasaan gementar itu.

“Namun begitu, setelah bersama dengan mereka, saya rasa cukup seronok dan teruja dapat bekerja dengan streamers yang power dekat Malaysia, diorang semua humble & kelakar, selalu menghiburkan semua orang dekat set walaupun dah pukul 12 pagi. It was great to see everyone working hard to make this happen and I’m hoping for the outcome to be great too, InsyaAllah.”

‘dongibab’, drama bersiri komedi pertama oleh gamers malaysia

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 6 episod siri original ‘Dongibab’ yang dibawakan khas oleh eGG Network setiap hari dari 24 – 29 Januari 2022, pada jam 9:30 malam di eGG Network (Ch 800). Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di on demand menerusi Ultra Box atau di aplikasi Astro GO. ‘Dongibab’ juga boleh didapati di Sooka. Menariknya lagi, peminat boleh menonton sedutan-sedutan eksklusif dari belakang tabir ‘Dongibab’ di platform media sosial eGG Network.