Dr Noor Hisham Saman Kedai Teh Herba Salah Guna Foto & Namanya Tanpa Izin

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah nekad memfailkan saman terhadap sebuah premis perniagaan jeli dan teh herba tradisional Cina, krana menyalahgunakan foto dan nama beliau.

dr noor hisham saman kedai teh herba salah guna foto & namanya tanpa izin

Menerusi hantaran di laman sosial, Dr Noor Hisham berkata beliau tidak mempunyai pilihan lain selain membawa kes itu ke mahkamah.

 

"Saya tiada pilihan selain membawanya ke mahkamah. Berapa banyak (jumlah) yang anda fikir saya patut menyaman mereka?

"Sekurang-kurangnya jika saya menang, saya boleh berkongsi kemenangan dengan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

 

Menurut beliau, tindakan sebagai taktik pemasaran yang dibuat premis tersebut adalah salah dan boleh mengelirukan orang ramai.

dr noor hisham saman kedai teh herba salah guna foto & namanya tanpa izin

"Ini adalah satu lagi pemasaran yang tidak bertanggungjawab, menggunakan nama saya dan gambar oleh syarikat berkenaan bertujuan untuk menipu orang ramai," katanya sambil menyifatkan ia perbuatan yang memalukan.

dr noor hisham saman kedai teh herba salah guna foto & namanya tanpa izin

Nama Dr Noor Hisham menjadi tumpuan bukan sahaja di negara ini, malah serata dunia berikutan kepimpinan beliau dalam menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Ketua Pengarah, dalam menguruskan pandemik COVID-19.

 

Disebabkan itu juga, nama beliau telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab tanpa kebenaran dengan pelbagai tujuan. Antaranya, berita palsu berkaitan dengan prosedur rawatan mata di hospital.

 

Beliau bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam prosedur itu dan menyifatkan ia sebagai palsu serta tidak benar.

 

Sumber: Facebook Dr Noor Hisham