Bengkung Boleh Mudarat Kesihatan Jika Pakai Lama, Dr Amalina Pesan Ia Tak Wajib Pun

Dr Amalina Che Bakri baru-baru ini telah berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak pertamanya bulan lepas.

dr amalina bawa bayi jalan pusing kota london lepas 4 hari dilahirkan

Kelahiran puteri sulungnya ini turut mendapat perhatian netizen yang bertanyakan tentang ‘tempoh pantang’ yang diamalkan pakar bedah kelahiran ini, berbanding dengan amalan masyarakat kita.

 

Misalnya, selepas empat hari beliau melahirkan anak, beliau dilihat sudah keluar berjalan membawa anaknya itu bersiar-siar di kota London, berbanding amalan masyarakat kita yang perlu berpantang sehingga 60 hari untuk membantu si ibu sembuh daripada kehamilan dan kelahiran.

dr amalina bawa bayi jalan pusing kota london lepas 4 hari dilahirkan

Dr Amalina baru-baru ini turut diajukan soalan mengenai pemakaian bengkung seperti yang diamalkan dalam masyarakat.

 

“Dr ada pakai bengkung ke lepas bersalin? Orang tua cakap pakai bengkung boleh kempis perut lepas beranak,” soal salah seorang pengikutnya di Instagram.

bengkung boleh mudarat kesihatan, dr amalina pesan ia tak wajib pun

Ujar Dr Amalina, beliau sendiri tidak memakai bengkung selepas bersalin kerana bengkung boleh memudaratkan kesihatan malah turut berpesan kepada wanita bersalin agar tidak memakainya terlalu lama.

 

“Bengkung/pengikat perut digunakan untuk membantu menyokong tubuh badan. Ia bukan alat penurunan berat badan. Anda tidak boleh memakainya setiap hari untuk jangka masa yang lama kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan dan ia tidak sepatutnya dipakai terlalu ketat.

“Untuk menurunkan berat badan dan kembali kepada bentuk badan sebelum bersalin, anda perlu makan makanan yang sihat dan mempunyai diet seimbang serta bersenam,” ujar Dr Amalina.

bengkung boleh mudarat kesihatan, dr amalina pesan ia tak wajib pun

Berikut pula tips penjagaan selepas bersalin yang Dr Amalina sendiri amalkan berdasarkan kajian saintifk oleh pakar serta pengalamannya sebagai seorang doktor:

 

👉🏽Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.

👉🏽Minum air kosong 2–3-liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.

👉🏽Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu.

👉🏽Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. (Baca link di IG story ttg senaman). Pakai compression TED stockings utk elak blood clots.

👉🏽Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.

👉🏽Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis.

👉🏽Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau sekurangnya 6 minggu selepas bersalin.

👉🏽Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga.

Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.”

 

 

Sumber: Instagram Dr Amalina