Dokumentari “SEPULUH”, Pengiktirafan Safee Sali Sebagai Lagenda Bola Sepak Negara

Buat peminat sukan negara dan pecinta wayang inilah masa yang dinanti-nantikan apabila dokumentari siri bertajuk SEPULUH akan disiarkan di Astro Arena (Saluran 801) setiap hari Jumaat pada jam 9.00mlm bermula 24 November 2023 nanti.

dokumentari “sepuluh”, pengiktirafan safee sali sebagai lagenda bola sepak negara

Enam siri dokumentari yang dihasilkan ini nanti akan membawa anda menyusuri perjalanan suka duka, jatuh bangun yang ditempuhi Safee dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak selama hampir dua dekad.

 

Selain temubual bersama watak-watak yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bekas bintang bola sepak ini terdapat juga rakaman dan momen-momen menarik yang tidak pernah dilihat dalam meneroka usahanya yang tidak henti untuk mencapai kejayaan.

dokumentari “sepuluh”, pengiktirafan safee sali sebagai lagenda bola sepak negara

Mengulas mengenai dokumentari ini, “Safee berkata ini adalah bukti bahawa setiap kerja keras dan keazaman yang tinggi akan membuatkan segala impian menjadi kenyataan. Saya berharap kisah perjalanan kehidupan saya ini akan menjadi satu cerita yang akan memberi inspirasi dan menambat hati semua orang bukan hanya untuk peminat sukan sahaja”, katanya.

dokumentari “sepuluh”, pengiktirafan safee sali sebagai lagenda bola sepak negara

Penonton akan menyaksikan perjalanan awal Safee yang baru mula berkecimpung dalam arena bola sepak sehingga menjadi bintang dan diangkat sebagai ikon negara termasuk perjuangannya membantu skuad Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal di Piala AFF pada tahun 2010.

 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah penuh inspirasi dari pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman ini menerusi enam siri dokumentari sukan yang akan disiarkan di Astro Arena.

dokumentari “sepuluh”, pengiktirafan safee sali sebagai lagenda bola sepak negara