Doktor di Hospital Gaza Terpaksa Balut Bayi Pramatang Guna Aluminium Foil

Dalam usaha terdesak bagi memastikan mereka terus hidup, doktor-doktor di hospital paling besar di Semenanjung Gaza terpaksa membungkus sebilangan bayi pramatang dengan menggunakan pembalut aluminium.

doktor di hospital gaza terpaksa balut bayi pramatang guna aluminium foil

Menurut laporan, kakitangan Hospital Al-Shifa kini bergelut untuk memastikan nyawa bayi yang baru lahir terus diselamatkan selepas mereka kehabisan oksigen dan juga bekalan elektrik.

 

Bayi-bayi dalam ikubator daripada unit neonatal juga terpaksa dipindahkan ke bahagian lain hospital berkenaan.

 

“Mereka (bayi pramatang) kini terdedah kerana kami telah mengeluarkan mereka daripada inkubator.

“Kami membungkus mereka dalam pembalut aluminium dan meletakkan air panas di sebelah untuk memanaskan mereka,” kata Pengarah hospital, Dr. Muhammad Abu Salmiya.

doktor di hospital gaza terpaksa balut bayi pramatang guna aluminium foil

Menurut seorang Ketua Jabatan Pediatrik, terdapat 36 bayi dibawah jagaan mereka dan tidak dapat dipastikan berapa lama mereka dapat bertahan.

 

“Semalam kami mempunyai 39 bayi dan hari ini berkurang kepada 36 orang. Saya tidak boleh mengatakan berapa lama mereka boleh bertahan.

“Kami berisiko kehilangan dua lagi bayi hari ini atau dalam masa sejam.

“Saya tidak menyangka dalam hidup untuk meletakkan 39 bayi di atas katil, masing-masing mempunyai penyakit berbeza dan dalam kekurangan kakitangan perubatan yang teruk ini, serta susu,” katanya.

doktor di hospital gaza terpaksa balut bayi pramatang guna aluminium foil

Sehingga kini, enam bayi pramatang dan sembilan pesakit telah meninggal dunia sejak bekalan elektrik di bumi Gaza terputus bermula minggu lalu.

 

Sumber: Kosmo!