PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Hingga 60 Peratus Kecuali Untuk 11 Kesalahan Ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus, sempena dengan sambutan Hari Polis ke-216 baru-baru ini.

pdrm tawar diskaun saman trafik hingga 60 peratus kecuali untuk 11 kesalahan ini

Menurut PDRM dalam satu hantaran di Facebook rasminya, diskaun saman trafik itu telah bermula 20 Mac dan akan berakhir hingga 31 Mac depan.

 

Pengurangan kompaun itu tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik.

 

“PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus.

“Ia tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) dan daerah (IPD) seluruh negara bermula 20 hingga 31 Mac ini,” katanya dalam hantaran itu.

pdrm tawar diskaun saman trafik hingga 60 peratus kecuali untuk 11 kesalahan ini

pdrm tawar diskaun saman trafik hingga 60 peratus kecuali untuk 11 kesalahan ini

Bagaimanapun, pengurangan kadar kompaun saman adalah tidak ditawarkan bagi kesalahan seperti berikut:

Kemalangan

Kesalahan Tidak Boleh Kompaun (NC)

Kesalahan Bicara Mahkamah (M)

Saman Berstatus Waran (W)

Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah

Memotong Di Garisan Berkembar

Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)

Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos

Memotong Secara Berbahaya Menggunakan Lorong Kecemasan

Saman Berstatus OP Selamat

 

Untuk itu, PDRM memaklumkan orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman menerusi portal https://mybayar.rmp.gov.my; Google playstore; Apple store dan Huawei Appstore.

 

Sumber: PDRM