Temui Pengganti Zayn Malik, Gigi Hadid Dan Leonardo DiCaprio Kini ‘Saling Mengenali’

Model ternama dunia, Gigi Hadid, 27, kini dilaporkan sedang berkenalan dengan pelakon hebat, Leonardo DiCaprio, 47, selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya selama enam tahun, Zayn Malik.

temui pengganti zayn malik, gigi hadid dan leonardo dicaprio kini ‘saling mengenali’

Satu sumber yang merahsiakan identitinya, memberitahu People bahawa mereka bagaimanapun belum memasuki fasa percintaan dan masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

“Mereka telah dilihat melepak dengan beberapa kumpulan kawan,” kata salah sumber kepada penerbitan terbabit.

“Baru saja beberapa minggu sejak perpisahan (DiCaprio dan Morrone). Sejak itu, dia aktif meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan,” tambahnya.

Tidak lama sebelum ini, DiCaprio dilaporkan telah memutuskan hubungan bersama kekasihnya selama empat tahun, iaitu Camila Morrone, 25.

Sementara itu, perpisahan Hadid dengan penyanyi Zayn Malik telah diketahui umum pada Oktober tahun lalu selepas Yolanda, ibu kepada model itu, mendakwa Malik memukulnya semasa pertengkaran.

Hadid dan Malik mempunyai seorang cahaya mata perempuan bersama, Khai Hadid Malik, yang dilahirkan pada September 2020.

 

Sumber: TheStar