Peminat Akan Dibayar Lebih RM28 Ribu Tonton Simpsons & Ramal Masa Depan

The Simpsons ialah sitkom animasi Amerika Syarikat bercorak parodi yang menyindir gaya hidup golongan pertengahan Amerika. Animasi ini menjadi perhatian ramai kerana dikatakan mampu meramal masa hadapan kerana menayangkan beberapa peristiwa yang telahpun terjadi pada hari ini.

peminat akan dibayar lebih rm28 ribu tonton simpsons & ramal masa depan

Peristiwa yang pernah ditayangkan dalam The Simpson seperti penampilan Lady Gaga dalam Super Bowl, jangkitan Ebola serta penemuan saintifik seperti Higgs Boson dan alam semesta berbentuk donut.

peminat akan dibayar lebih rm28 ribu tonton simpsons & ramal masa depan

Disebabkan itu, satu laman sesawang di Amerika Syarikat telah menawarkan wang sejumlah £5,000 atau lebih RM28 ribu kepada peminat animasi itu untuk membantu mereka meramalkan masa hadapan.

peminat akan dibayar lebih rm28 ribu tonton simpsons & ramal masa depan

Menurut syarikat itu, ia bukan sahaja untuk meramalkan masa depan tetapi membantu manusia untuk siap sedia dengan apa yang akan berlaku nanti.

 

Jawatan yang ditawarkan itu adalah sebagai The Simpsons Series Analyst, memerlukan seorang individu menganalisa semua episod dari 33 musim dalam jangkaan masa dua bulan.

peminat akan dibayar lebih rm28 ribu tonton simpsons & ramal masa depan

Selain wang tunai, individu yang menjawat jawatan itu akan diberikan keahlian Disney+ dan juga sekotak donut setiap minggu.

 

Antara syarat yang ditetapkan syarikat kepada calon jawatan tersebut adalah mestilah berusia 18 tahun keatas dan petah bercakap dalam bahasa Inggeris.

 

Sumber: [1]