DC Dah Jumpa Super-Man Baru, “Selamat Tinggal Henry Cavill, Hi David Corenswet,”

Persoalan mengenai siapakah pelakon yang akan membawa watak Clark Kent/Super-Man dalam filem DC akhirnya telah terjawab.

 

Pengarah, James Gunn mengesahkan pelakon David Corenswet akan menggantikan tempat Henry Cavill. Menerusi hantaran di Twitter, Gunn turut mengesahkan watak Lois Lane akan dibawa oleh Rachel Brosnahan.

dc dah jumpa super-man baru, “selamat tinggal henry cavill, hi david corenswet,”

“Tepat, mereka bukan sahaja pelakon hebat, tetapi manusia yang sempurna,” ujar beliau.

dc dah jumpa super-man baru, “selamat tinggal henry cavill, hi david corenswet,”

Corenswet, berusia 30 tahun, mempunyai ketinggian 193cm, telah dipilih memegang watak utama sebagai Super-Man untuk filem yang akan ditayangkan pada Julai 2025.

 

Selain filem Super-Man, Gunn turut mengumumkan bahagian pertama DCU, berjudul Gods and Monsters, yang memuatkan lima filem dan lima series televisyen, seperti berikut:

Superman: Legacy (July 2025)

The Authority

Batman: The Brave and The Bold

Supergirl: Woman of Tomorrow

Swamp Thing

Creature Commandos (2024)

Waller

Lanterns (Green Lantern series)

Paradise Lost (sebelum Wonder Woman dilahirkan)

Booster Gold

 

Untuk tahun ini, filem The Flash sedang ditayangkan dan diikuti filem Blue Beetle pada Ogos dan Aquaman 2 pada hujung tahun 2023.

 

Sumber: WOB