Dapat RM5 Kalau Kanak-Kanak, Remaja Buat 20 Rakaat Terawih Serta Witir

Kanak-kanak dan remaja yang menunaikan solat terawih berjemaah di Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, Jalan Air Itam dekat Pulau Pinang akan diberikan ganjaran wang RM5.

dapat rm5 kalau kanak-kanak, remaja buat 20 rakaat terawih serta witir

Inisiatif pemberian wang RM5 itu bukan sahaja sekadar ganjaran, malah ia antara usaha menggalakkan mereka untuk mengimarahkan masjid berkenaan, khasnya ketika bulan Ramadan ini.

dapat rm5 kalau kanak-kanak, remaja buat 20 rakaat terawih serta witir

Kesempatan itu diambil golongan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 17 tahun dengan latar belakang keluarga B40 atau miskin bandar yang tinggal berhampiran dengan masjid berkenaan.

Menurut Pengerusi Kariah Masjid, Yusof Yaacob berkata inisiatif itu diperkenalkan pada hari pertama solat Terawih yang ketika itu dikunjungi kira-kira 20 kanak-kanak dan remaja.

 

Ujarnya, ketika selesai lapan rakaan Terawih, ada kanak-kanak dilihat bermain diruang legar masjid, sementara menantikan ibu dan bapa mereka selesai terawih 20 rakaat dan tiga rakaat solat witir.

"Jadi, tidak salah jika mereka diberi sedikit ganjaran sekiranya mampu menghabiskan 20 rakaat Tarawih dan tiga witir itu sementara menanti waris masing-masing.

"Secara tidak langsung, mereka akan kekal tertib dalam saf tanpa mendatangkan kebimbangan ibu bapa atau tidak mengganggu jemaah, selain dapat manfaatkan waktu yang terluang.

"Malam berikutnya, 26 kanak-kanak dan remaja yang datang bersolat Tarawih dapat menghabiskan 20 rakaat serta witir," katanya.

 

Inisiatif itu turut mendapat sokongan ibubapa dan waris yang berharap ia dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

Sumber: HMetro / Facebook