Dakwaan Karut Cuci Lubang Hidung Guna Garam Untuk Bunuh COVID-19

Pakar kesihatan Indonesia mengingatkan rakyat negara itu supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan kaedah pelik kononnya mampu menyembuhkan COVID-19 seperti yang tular di media sosial.

 

Baru-baru ini, tular pula satu kaedah karut yang kononnya mampu membunuh virus COVID-19, iaitu dengan mencuci lubang hidung menggunakan garam kasar.

dakwaan karut cuci lubang hidung guna garam untuk bunuh covid-19

Kaedah itu mula tular menerusi aplikasi WhatsApp yang didakwa mampu menghilangkan kesan virus COVID-19 di hidung pesakit.

 

Menurut Ahli Patologi Universiti Sebelas Maret, Tonang Dwi Adryanyo, air garam secara amnya memang boleh digunakan untuk mencuci kotoran hidung, namun ia tidak berkesan untuk membunuh virus COVID-19.

 

Tambahnya, penggunaan garam kasar secara berlebihan boleh merosakkan mukus hidung serta menjejaskan fungsi sedia ada anggota badan itu dan tidak pun berkesan untuk membunuh virus COVID-19 seperti yang didakwa.

 

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan mana-mana kaedah tular tanpa penjelasan saintifik serta sokongan pakar kesihatan kerana bimbang ia akan memudaratkan diri.

 

Sumber: [1]