Pendaftaran untuk Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan sudahpun boleh dilakukan.
Melihat kepada
aplikasi MySejahtera yang sudah di kemaskini, terdapat pilihan baharu di ruangan muka depan MySejahtera iaitu
COVID-19 Vaccination.
Pengguna akan dibawa ke satu halaman untuk memeriksa dan mengesahkan butiran peribadi seperti nama penuh, kad pengenalan, dan ID MySejahtera.
Pengguna perlu memastikan butiran yang dinyatakan itu tepat, termasuklah Bin, Binti, A/L dan A/P.
Selepas mengesahkan maklumat diri, pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memeriksaan maklumat anda sebelum anda dibenarkan mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Terdahulu, Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan akan dilakukan secara berperingkat, mengikut kepada tiga fasa iaitu Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 24 Februari sehingga April 2021. Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.
Semak Panduan Imunisasi menerusi laman web
www.vaksincovid.gov.my .