Semua Rakyat Malaysia, Umur 18 Tahun Ke Atas Boleh Daftar PADU Mulai 2 Jan – Kem. Ekonomi

Mulai 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh membuat pendaftaran atau melakukan kemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

 

PADU merupakan sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat ini akan diperoleh melalui pengintegrasian data pentadbiran dari pelbagai sumber.

semua rakyat malaysia, umur 18 tahun ke atas boleh daftar padu mulai 2 jan – kem. ekonomi

Antara kepentingan mendaftar PADU adalah ia dapat memastikan rakyat yang layak tidak tercicir daripada menerima pelbagai manfaat seperti subsidi bersasar, bantuan dan juga perlindungan sosial.

 

Untuk info, PADU adalah berbeza dengan MyDigital ID, yang mana PADU merupakan pangkalan data yang mempunyai pelbagai maklumat individu, manakala MyDigital ID pula pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu melakukan urusan dalam talian.

 

Buat masa ini sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian MYDigital ID dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

 

Menurut Kementerian Ekonomi, orang ramai boleh mula log masuk ke dalam sistem PADU bermula 2 Januari 2024. Individu boleh melakukan pendaftaran dan mengemas kini maklumat seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan juga pendapatan ke dalam sistem berkenaan. Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

semua rakyat malaysia, umur 18 tahun ke atas boleh daftar padu mulai 2 jan – kem. ekonomi

Info lanjut di laman sesawang PADU: https://ekonomi.gov.my/ms/padu