Tiada Cuti Umum Pada Rabu Rai Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh Di Oscar

Satu tangkap layar berita yang kini tular di media sosial memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar adalah disahkan tidak benar.

tiada cuti umum pada rabu rai kemenangan tan sri michelle yeoh di oscar

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi hantaran di Facebook yang mengesahkan berita bertajuk "PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!" adalah sebagai berita palsu.

 

"Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Tidak pasti, jangan kongsi," menurut hantaran itu.

tiada cuti umum pada rabu rai kemenangan tan sri michelle yeoh di oscar

Terdahulu, pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah menjadi individu pertama di negara ini yang menerima anugerah sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke095 (Oscar 2023) semalam.

 

Sumber: JPM