Cuti Tanpa Rekod Pada Hari Selasa Depan, 14 Nov 2023 Sempena Deepavali

Kerajaan bersetuju untuk meberi cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 Nov (Isnin) akan dibawa ke hari Selasa, 14 Nov 2023, bagi pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.

cuti tanpa rekod pada hari selasa depan, 14 nov 2023 sempena deepavali

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed yang berkata, ia tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

 

"Peruntukan cuti tanpa rekod adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya cuti tanpa rekod itu jatuh pada hari kelepasan am atau hari kelepasan am mingguan.

"Namun begitu, kerajaan pada 3 Nov telah bersetuju untuk memberi pengecualian bagi tahun 2023," katanya dalam surat edaran yang disiarkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Notis itu juga telah dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

 

Untuk info, mulai 2018 lagi kerajaan telah memperuntuk cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali selama sehari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu sebagai tambahan kepada cuti umum Deepavali bagi memberi lebih ruang kepada mereka untuk menyambut perayaan itu bersama keluarga.

 

Peraturan ini, katanya, telah dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6 dan cuti tanpa rekod itu terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak mengambil kira Deepavali bukan hari kelepasan am di negeri berkenaan.

 

Sumber: BERNAMA / Astro AWANI