Satu kajian daripada Universiti Florida mendapati jika seseorang itu mencuci pinggan, dia dapat mengurangkan tekanan sebanyak 75% dan memberi inspirasi sebanyak 25%.
Kajian yang dijalankan ke atas 51 mahasiswa itu pada mulanya meminta sebahagian daripada responden membaca satu peranggan panjang arahan mencuci pinggan, manakala sebahagian lagi diminta membaca arahan dengan perenggan pendek.
Mereka diminta berbuat demikian untuk melihat seseorang itu tertumpu pada tugas dilakukannya. Dalam erti kata lain, ketika mencuci pinggan kita sepenuhnya sedar kita sedang mencuci pinggan.
“Kedengarannya seperti agak pelik kerana itu hanya perkara mudah, tapi itu adalah maksudnya.
“Fakta bahawa saya berdiri di sana dan mencuci pinggan adalah sebuah kenyataan. Saya sepenuhnya jadi diri saya sendiri, sedar akan kehadiran dan sedar akan fikiran dan tindakan saya,” kata seorang responden kajian itu.
Hasil daripada kajian mendapati, individu uang mencuci pinggan dengan sedar mereka fokus pada aroma sabun, suhu air dan sentuhan pinggan, dengan peningkatan inspirasi sebanyak 25% dan penurunan gugup sebanyak 27%.
Mereka yang tidak mencuci pinggan tidak mendapat manfaat yang sama dari tugas yang dibuat.
Secara ringkasnya, individu dapat mengurangkan tekanan dengan hanya melakukan pelbagai aktiviti yang umum tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk merawat tekanan atau kemurungan.
Kajian penuh boleh dibaca di: Washing Dishes to Wash the Dishes: Brief Instruction in an Informal Mindfulness Practice
Sumber: Time