Peta Google atau disebut juga Google Maps adalah perkhidmatan pemetaan web yang dibangunkan oleh Google yang menawarkan ciri-ciri pengimejan satelit, peta jalan, pemandangan panorama jalan 360° (Google Street View), keadaan lalu lintas (Google Traffic), dan perancangan laluan.
Jika sebelum ini anda mungkin biasa memandu berpandukan Google Maps, tahukah anda kini anda boleh memandu di dalam Peta Google ini secara percuma?
Satu simulator memandu dibangunkan oleh pembangun dari Jepun, Frame Synthesis membolehkan anda merasai pemanduan di dalam Peta Google sebenar secara percuma.
.
Dalam laman sesawang rasmi mereka, anda boleh memilih mod pemanduan sama ada menggunakan kereta atau bas, pada mana-mana lokasi seluruh dunia.
.
Kami juga telah mencuba simulator pemanduan ini dengan memandu sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Ipoh, Perak. Memang menarik!
Untuk memulakan pemanduan, pengguna boleh menekan tanda atas untuk kehadapan, bawah untuk kebelakang dan kiri kanan pada papan kekunci komputer masing-masing. Jika anda menggunakan telefon pintar, boleh gunakan kekunci virtual.
.
Mungkin ini masanya untuk anda cuba merasai pemanduan di Litar F1 Sepang? Cuba disini: Driving Simulator Maps