Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca mendung di seluruh negara dengan kemungkinan hujan di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sabah pada Hari Raya Aidilfitri minggu ini.
Berdasarkan kalendar, umat Islam dijangka menyambut 1 Syawal pada Khamis, 13 Mei di semua negeri-negeri di Malaysia. Namun, sambutan itu mungkin sedikit terjejas disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ini.
Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, pada sebelah petang pula dijangka hujan di kawasan pendalaman negeri-negeri pantai timur Semenanjung, dengan secara keseluruhannya keadaan cuaca serupa berlanjutan hingga raya ketiga.
Keadaan cuaca hujan dan mendung ini adalah disebabkan fasa peralihan monsun yang terjadi ketika ini, dan dijangka surut pada pertengahan bulan Mei susulan permulaan fasa Monsun Barat Daya.
Tambah lagi beliau juga membayangkan kemungkinan Malaysia akan dilanda jerebu rentas sempadan pada hujung Julai atau awal Ogos jika kebakaran hutan di negara jiran tidak terkawal.
Sumber: Astro AWANI