Cuaca Diramalkan Buruk Pada 27 Hingga 29 Disember

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Semenanjung serta Sabah & Sarawak akan mengalami hujan berterusan bermula 27 hingga 29 Disember ini.

cuaca diramalkan buruk pada 27 hingga 29 disember

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, ia susulan luruan monsun yang dijangka berlaku bagi tempoh tiga hari melibatkan kawasan di Pantai Timur Semenanjung.

 

“Kebarangkalian untuk berlaku hujan berterusan di kawasan tersebut adalah rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah.

“Namun hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh tersebut,” katanya.

 

Selain itu, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan, termasuk kawasan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 hingga 29 Disember 2021.

cuaca diramalkan buruk pada 27 hingga 29 disember

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan ke kawasan-kawasan terlibat dan sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca.

 

Luruan monsun adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

cuaca diramalkan buruk pada 27 hingga 29 disember

Sumber: [1]