Vokalis Coldplay Belanja Pantun ‘Pinjam Seratus’ Buat Ramai Peminat Terhibur [Video]

Satu video yang memaparkan aksi vokalis Coldplay, Chris Martin berpantun atas pentas ketika membuat persembahan Coldplay ‘Music of the Spheres’ di Jakarta kini tular di media sosial.

vokalis coldplay belanja pantun ‘pinjam seratus’ buat ramai peminat terhibur [video]

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Chris dilihat berpantun dalam bahasa Melayu, mengikut irama muzik yang dimainkan.

vokalis coldplay belanja pantun ‘pinjam seratus’ buat ramai peminat terhibur [video]

“Hari Selasa ujian fizikal, kalian belajar biar lulus, apa khabar kota Jakarta, bolehkah pinjam seratus?,” katanya.

 

Pantun itu mencuit hati ramai, disertai sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

 

 

Ini adalah pertama kali Coldplay membuat persembahan di Indonesia, sejak ia ditubuhkan pada 1997.

 

Minggu hadapan, Coldplay bakal membuat persembahan di Malaysia, menerusi konsert jejalahnya yang akan menggamit penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

Sumber: Twitter (X)