Doktor Kata Tiada Rawatan, Ciuman Terakhir Nurse Pada Adik Zarif Buat Ramai Sebak

Satu perkongsian video yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki memeluk dan mencium beberapa staf serta jururawat di sebuah hospital telah mengundang rasa sebak orang ramai.

doktor kata tiada rawatan, ciuman terakhir nurse pada adik zarif buat ramai sebak

Video dikongsikan pengguna Instagram @telekung_anna yang dipercayai anaknya, Allahyarham Zarif dilaporkan menghidap penyakit buah pinggang dan telah menjalani dialisis beberapa kali sehingga doktor mengesahkan tiada lagi rawatan yang mampu merawat anak kecil ini.

doktor kata tiada rawatan, ciuman terakhir nurse pada adik zarif buat ramai sebak

Dalam video yang tular itu, adik Zarif dilihat memeluk beberapa jururawat bertugas di wad Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur sebelum beliau pulang ke rumah bersama ahli keluarganya.

 

Turut kelihatan jururawat bertugas mengalirkan air mata kerana terpaksa berpisah dunia bersama kanak-kanak ini.

 

 

Dilaporkan selepas pulang ke rumah, adik Zharif disahkan meninggal dunia sembilan hari kemudian.

 

Video tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya sebak, selain ia telah dikongsikan semula menerusi pelbagai platform media sosial.

doktor kata tiada rawatan, ciuman terakhir nurse pada adik zarif buat ramai sebak

Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga adik Zharif.