Berkorban Jaga Emak Sakit, Cikgu Pakat Hantar Result SPM 11A Pelajar Ini Ke Rumahnya

Keputusan SPM 2022 telah pun diumumkan pada Khamis, 8 Jun lalu.

 

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan SPM 2022 telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan, yang mana calon layak terima sijil SPM juga meningkat.

soalan tak sama macam ramalan, kertas pendidikan islam spm2022 trending!

Baca: Subjek Sejarah SPM 2022 Catat Peningkatan Tertinggi, 24 Subjek Lagi Menurun

 

Ketika calon SPM 2022 yang lain menerima keputusan cemerlang mereka dalam majlis dianjurkan di sekolah, lain ceritanya dengan seorang pelajar cemerlang dari Kelantan ini yang menerima keputusan SPM nya di rumah, dihadapan ibunya yang sedang sakit.

 

Mohd Syahril, pelajar cemerlang dari SM(A) Darul Iman Beris Lalang, Bachok, Kelantan itu menerima keputusan cemerlang 11A yang disampaikan sendiri oleh guru-gurunya di rumah, kerana pelajar itu tidak berkesempatan untuk ke sekolah pada hari tersebut kerana bagi menjaga ibunya.

berkorban jaga emak sakit, cikgu pakat hantar result spm 11a pelajar ini ke rumahnya

Menurut laporan, ibu kepada pelajar terbabit menghidap kanser tahap 4 dan tidak mampu bergerak, selain hanya terbaring sahaja di atas katil. Ayah pelajar itu juga dilapor sudah meninggal dunia.

 

@c.la92 #syukurselalu #anakkelantanhebatsokmo #semogaberjayaduniaakhirat ♬ Ya Rabbi Ya Nabi Nidik - Hidayat

 

Selain itu, guru pelajar terbabit berkata, pelajar ini adalah seorang pelajar dan anak yang sangat baik. Setiap hari sebelum ke sekolah, beliau akan memandikan dan menguruskan ibunya yang sakit terlebih dahulu.

berkorban jaga emak sakit, cikgu pakat hantar result spm 11a pelajar ini ke rumahnya

Video penyampaian keputusan cemerlang 11A kepada pelajar ini telah dikongsikan menerusi Tiktok. Sehingga kini, video berkenana telah dibanjiri dengan pelbagai komen positif yang turut mendoakan pelajar terbabit.

 

Sumber: Tiktok