Hospital Sesak, China Rekod Peningkatan Misteri Penyakit Pernafasan Pada Kanak-Kanak

Negara China dilapor telah merekodkan peningkatan misteri penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru (pneumonia) yang tidak didiagnos pada kumpulan kanak-kanak.

hospital sesak, china rekod peningkatan misteri penyakit pernafasan pada kanak-kanak

Menerusi video tular, hospital kanak-kanak di Beijing dan utara Liaoning sesak dengan kes seperti radang paru-paru yang ‘tidak dapat ditentukan’, dipercayai berpunca daripada jangkitan bakteria.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ABC News (@abcnews)

 

Menurut sumber, antara simptom kepada penyakit itu adalah seperti tiada batuk, tiada simptom pneumonia tetapi mengalami demam panas dan keradangan pada saluran pernafasan.

 

Ekoran itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta China untuk menghantar maklumat rasmi berkenaan kes berkenaan.

hospital sesak, china rekod peningkatan misteri penyakit pernafasan pada kanak-kanak

Siasatan awal mendapati ia adalah kes jangkitan mycoplasma pneumonia, iaitu jangkitan bakteria atipikal yang pernah merebak ke seluruh dunia pada 2015 dan kes menurun selepas langkah pencegahan diambil terhadap pandemik COVID-19 dan seterusnya.

 

Sumber: ABC News