China Lepaskan Ratusan Ribu Ikan Jarang Jumpa Dalam Sungai

Sebagai usaha untuk melindungi ikan yang jarang ditemui, China dilapor akan melepaskan 200,000 sturgeon China ke Sungai Yangtze yang juga merupakan sungai terpanjang di negara itu.

china lepaskan ratusan ribu ikan jarang jumpa dalam sungai

Sturgeon adalah ikan besar daripada keluarga Acipenserida yang telurnya dijadikan kaviar. Ia wujud sejak 140 juta tahun, merupakan antara spesies vertebrata paling purba di bumi dan berada di bawah perlindungan Kelas-A di China.

 

Kumpulan pertama sturgeon iaitu 100,000 ekor ikan telah dilepaskan di bandar Yichang pada Sabtu dan dua kelompok lagi akan menyusul.

china lepaskan ratusan ribu ikan jarang jumpa dalam sungai

Jelas mereka, pelepasan spesis ikan jarang ditemui itu telah dibuat setiap tahun sejak 1984 lagi. Ia dilakukan bagi memulihkan populasi liar.

china lepaskan ratusan ribu ikan jarang jumpa dalam sungai

Sebelum dilepaskan, sturgeon yang lebih besar yang menghampiri kematangan seksual dipasang pengesan satelit untuk analisis kesan alam sekitar terhadap kemandirian spesies di alam liar untuk menyediakan sistem perlindungan pada masa depan.

 

Bagi melindungi spesis ikan di sepanjang Sungai Yangtze, China juga telah melarang sebarang aktiviti memancing selama 10 tahun di perairan penting ini sejak awal 2021.

 

Sumber: Astro AWANI