Ada Lonjakan Kes, China Buat Disinfeksi Besar-Besaran

Susulan berlakunya lonjakan kes jangkitan COVID-19, proses disinfeksi secara besar-besaran telah dibuat di kota Zhengzhou, ibu kota wilayah ini di tengah bandar China, baru-baru ini.

ada lonjakan kes, china buat disinfeksi besar-besaran

Ia dibuat sebagai langkah pencegahan dan pengawalan bagi membendung penularan wabak itu, meliputi kawasan awam, bermula jam 10 malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu.

ada lonjakan kes, china buat disinfeksi besar-besaran

Proses disinfeski yang menggunakan trak itu mensasarkan kawasan seperti stesen kereta api, hospital, pusat membeli belah dan lebih 1,700 jalan utama di bandar tersebut.

ada lonjakan kes, china buat disinfeksi besar-besaran

"Kami menyediakan 140 kenderaan bersaiz besar, kecil dan sederhana untuk proses semburan pembasmian kuman di daerah Erqi dan menghantar lebih 330 orang untuk kerja disinfeksi itu.

"Secara keseluruhan, kami memerlukan 6,500 kilogram pembasmi kuman, yang boleh meliputi 256 jalan di Erqi," kata Tan Yuxia, kakitangan Pusat Perkhidmatan Sanitasi Daerah Erqi.

ada lonjakan kes, china buat disinfeksi besar-besaran

Proses disinfeksi itu dilakukan pada waktu malam kerana ia membabitkan banyak kenderaan pembasmi kuman dan meliputi kawasan yang luas.

 

Daerah Erqi yang menjadi sasaran majoritinya didiami komuniti yang diklasifikasi sebagai berisiko sederhana dan tinggi. Henan melaporkan 21 kes COVID-19 jangkitan tempatan dan 102 kes tidak bergejala dari 31 Julai hingga 5 Ogos.

 

Sumber: [1]