China Keluar Amaran, 35 Orang Dijangkiti Virus Langya

China sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila telah mengeluarkan amaran mengenai satu jangkitan virus zoonotik yang dilaporkan baru-baru ini.

china keluar amaran, 35 orang dijangkiti virus langya

Jangkitan virus yang disebut sebagai Lagya atau Langya didapati telah merebak dan mula menjangkiti manusia.

 

Dilaporkan virus daripada keluarga Hanipavirus itu telah pun menjangkiti berpuluh-puluh individu dekat dua wilayah di Timur China.

 

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus baharu itu dikenalpasti belum pernah merebak kepada manusia sebelum ini.

china keluar amaran, 35 orang dijangkiti virus langya

Dua spesis kategori yang sama telah dikenalpasti sebelum ini iaitu virus Hendra dan Nipah. Kedua-dua virus itu telah membentuk penyakit yang belum ada penawar, vaksin atau cara rawatan yang diketahui.

 

Mempunyai kadar kematian kes antara 40 hingga 75 peratus, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelaskan keluarga virus itu sebagai biokeselamatan Tahap 4, iaitu mempunyai risiko tinggi penghantaran aerosol dan menyebabkan penyakit yang mengancam tanpa penawar.

 

Antara simptom jangkitan virus Langya adalah demam, keletihan, sakit pada otot, hilang selera makan, batuk, muntah dan sakit kepala.

 

Seramai 35 orang yang dijangkiti masih hidup dan tiada antara mereka yang menunjukkan risiko jangkitan yang serius.

 

Sumber: Mirror UK, Mstar, New England Journal of Medicine